Monday, November 29, 2010

GOTONG-ROYONG

28.11.2010

Hari ini kami pelajar PGSR ambilan 2008 telah melakukan aktiviti gotong-royong untuk  program BIG bertempat di Pusat Kokurikulum IPG Kampus Ipoh. Aku dan rakan-rakan berasa gembira kerana kami dapat melaksanakan aktiviti dengan jayanya. Alhamdulillah...!


Sesi berehat setelah penat bekerja


Bergotong-royong membersihkan kawasan 


Saturday, November 27, 2010

MENGAPAI IMPIAN

Sesungguhnya untuk merealisasikan sesuatu impian perlukan pengorbanan. Begitulah yang terjadi kepada diriku dan rakan-rakan seperjuangan untuk menggenggam segulung ijazah. Penuh ranjau dan duri yang kami perlu tempoh sepanjang 4 tahun pengajian ini. Ibarat perpatah "genggam bara biar sampai jadi abu" menjadi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan.


         Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk aku belajar semula. Semakin lama aku belajar terutama bersangkutan dengan bidang perguruan, aku rasakan banyak lagi yang patut aku cari.
    
  

Tuesday, November 23, 2010

BELAJAR MEMBINA BLOG

23.11.2010
Hari ini saya berasa sangat teruja untuk membina laman blog saya sendiri. Dengan tunjuk ajar daripada pensyarah dan kawan-kawan, akhir saya berjaya juga membinanya. Saya berazam untuk belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu IT ini yang saya rasakan terlalu luas dan menyeronokkan.